create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

KENAPA EMAS???

Assalammualaikum....Salam sejahtera.

Salam perkenalan buat anda semua. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya. Emas merupakan satu pelaburan bijak dan amat sesuai untuk dijadikan portfolio utama untuk pelaburan. Dengan adanya blog ini, saya ingin kongsi bersama manafaat yang boleh diperolehi.


KENAPA EMAS????

1. Tidak boleh dimusnahkan & tahan lasak
2.Mudah dibahagi kepada unit kecil tanpa susut nilai.
3.Harga emas semakin meningkat dalam tempoh jangka panjang.
4.Nilai wang kertas semakin jatuh dalam jangka masa panjang.
5.Boleh ditunaikan bila-bila masa.
6.Bernilai di waktu bencana.
7.Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.
8.tidak boleh dicipta/dimanupulasi.

Thursday, February 24, 2011

EMAS Kekayaan yang sebenar

Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang dicop nama Firaun sebagai wang.

Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana :
1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya
2. Emas tidak boleh dibinasakan
3. Tahan lasak
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya
5. Ia sukar diperolehi

Pada zaman silam, emas digunakan sebagai disimbol kekayaan. Sesiapa yang memiliki emas maka ia dianggap kaya. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini, kita juga dianggap kaya.

Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.

Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

Sesiapa yang menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas tidak perlu risau risiko kehilangan kekayaan.

Jika emas anda menjadi debu sekali pun ia tetap bernilai........

No comments:

Post a Comment