create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

KENAPA EMAS???

Assalammualaikum....Salam sejahtera.

Salam perkenalan buat anda semua. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya. Emas merupakan satu pelaburan bijak dan amat sesuai untuk dijadikan portfolio utama untuk pelaburan. Dengan adanya blog ini, saya ingin kongsi bersama manafaat yang boleh diperolehi.


KENAPA EMAS????

1. Tidak boleh dimusnahkan & tahan lasak
2.Mudah dibahagi kepada unit kecil tanpa susut nilai.
3.Harga emas semakin meningkat dalam tempoh jangka panjang.
4.Nilai wang kertas semakin jatuh dalam jangka masa panjang.
5.Boleh ditunaikan bila-bila masa.
6.Bernilai di waktu bencana.
7.Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.
8.tidak boleh dicipta/dimanupulasi.

Wednesday, February 16, 2011

Bila Nak Start Membeli Emas...Gold ohh Gold

Harga emas terus meningkat dari semasa ke semasa, bagi mereka yang faham tentang konsep pelaburan di dalam emas fizikal, mereka akan membeli dan terus membeli selagi mempunyai cash.

Tetapi bagi sesetengah individu yang masih kabur tentang konsep ini, pastinya terpengaruh dgn Sentimen Pasaran, dan berasa takut untuk membeli emas kerana harganya melambung semakin tinggi.

Sebenarnya, jika anda membuat pelaburan ke atas komoditi emas di dalam pelaburan pasaran hadapan, memang patut untuk anda berasa takut untuk membuat pelaburan ini.Tetapi jika anda ingin membeli emas fizikal, tiada waktu yg spesifik diperlukan, dan walau setinggi mana pun harganya di pasaran, nilainya akan terus meningkat tanpa had masa dan nilai maksimum.

Jadi tiada istilah untuk tunggu harganya turun, baru beli atau "Buy Low, Sell High" dalam pelaburan emas fizikal ini. kalau anda terus berpegang dgn konsep seperti itu,  walau harganya dah mencecah RM 200 segram sekalipun, anda masih belum membeli walau 1 gm emas, kerana merasakan harganya dah cukup tinggi dan mungkin akan turun pulak jika anda membeli emas di waktu itu.

Konsep itu betul jika digunakan utk pelaburan saham, bond, pasaran matawang dan dagangan spot gold. Tapi jika diaplikasikan utk membeli emas fizikal bermakna anda telah mnggunakan teknik pelaburan yang tidak sesuai dengan portfolionya. Kesannya, sampai bila-bila pun pelaburan tidak akan dibuat.

Tiada sesiapa yg boleh mengatakan harga emas sudah mencapai ke paras yg cukup tinggi dan takkan naik lagi, kerana jika perkara itu berlaku, bermakna nilai emas tidak lagi menjadi sandaran kepada nilai matawang.

So, start thinking to buy gold..it's Now or Never...

No comments:

Post a Comment